Berita SemasaJenayah & Mahkamah

SPRM reman penjawat awam disyaki minta rasuah selepas kompaun

SEREMBAN – Seorang penjawat awam direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.

Perintah reman selama enam hari terhadap suspek dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika hadir menberikan keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Jun 2024 sebagai dorongan untuk membantu seorang pemilik kediaman menyelesaikan kompaun ubah suai rumah yang dilaksanakan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Suspek disyaki menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2,500 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadinya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button