Simbah asid di lif, wanita warga emas direman empat hari
GOMBAK – Seorang wanita warga emas dikenakan tahanan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes menyimbah asid terhadap sepasang suami isteri di sebuah pangsapuri di Batu Caves, minggu lepas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah taman perumahan sekitar Rawang, pada pukul 4.20 petang, semalam.
“Wanita ini direman empat hari sehingga Khamis untuk disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
“Berkenaan motif kejadian, perkara itu masih dalam siasatan polis,” kata Noor Arifin.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian yang berlaku di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak itu turut menjadi tular di media sosial.
Video tersebut memaparkan seorang suspek berdiri berhampiran mangsa dan anaknya semasa mereka sedang menunggu lif sebelum menyimbah cecair dipercayai asid sejurus mereka memasuki lif.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






