JENAYAH & MAHKAMAH

Siasatan kanak-kanak lemas temukan aspek pengabaian

PORT DICKSON – Polis menemukan aspek pengabaian dalam siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang ditemukan tidak sedarkan diri akibat lemas dalam kolam renang di sebuah kelab di Lenggeng, Nilai kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya, pihaknya sudah mengambil keterangan lima individu iaitu ibu bapa serta kakak mangsa, guru dan pegawai perubatan, semalam.

BACA JUGA:
Kanak-kanak ditemukan mati lemas dalam kolam rumah kelab
Arwah seorang anak manja, suka peluk dan bergurau

“Siasatan mendapati, mangsa mandi di kolam itu tanpa pengawasan orang dewasa, jadi kita siasat kes ini di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana aspek pengabaian kanak-kanak.

“Bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah disebabkan lemas. Kita sedang dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button