BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Serbuan di pangsapuri di Ayer 8 bongkar warga asing tinggal 8 orang sebilik

PUTRAJAYA – Seramai 127 warga asing ditahan dalam operasi imigresen di sebuah pangsapuri di Ayer 8 di sini pada awal pagi tadi.

Dalam serbuan itu imigresen juga membongkar terdapat pangsapuri yang disewakan secara tidak sah kepada warga asing, dengan memuatkan sehingga lapan orang dalam satu bilik.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi ini dilakukan selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai kehadiran warga asing tanpa izin yang telah mengganggu ketenteraman kawasan tersebut.

“Pasukan imigresen telah melakukan penyiasatan selama beberapa hari sebelumnya untuk mengenal pasti rumah-rumah yang menjadi tempat tinggal pati. Hasil daripada operasi malam ini adalah penahanan sebanyak 127 warga asing, di mana 25 di antaranya didapati melanggar peraturan imigresen.

Ketua Pemgarah Imigresen Malaysia

“Warga asing yang ditahan kebanyakannya berasal dari India, diikuti oleh Indonesia, Pakistan, dan Myanmar. Selain daripada penahanan individu, operasi ini juga telah membongkar adanya apartment yang disewakan secara tidak sah kepada warga asing, dengan kondisi yang tidak selesa 7 hingga 8 orang sebilik,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu beliau memberikan amaran kepada penyewa supaya mematuhi undang-undang dengan tidak menyewakan kepada warga asing tanpa dokumen.

“Mereka yang ditahan dan memenuhi syarat akan dibenarkan pulang, manakala tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang melanggar syarat dan kesalahan imigresen ditahan untuk siasatan lanjut. Pemilik rumah atau majikan yang menyewakan tempat tanpa izin turut akan di lapor untuk siasatan selanjutnya.

“Operasi-operasi serupa telah dilakukan secara rutin selama beberapa bulan ini dan pihak imigresen menunjukkan komitmen pemerintah dalam menjaga keamanan dan ketertiban negara. Sejak awal tahun 2024, telah dilaporkan bahawa sebanyak 17,348 warga asing telah diperiksa, dengan 4,891 di antaranya ditahan. Selain itu, 60 majikan juga telah dikenakan tindakan undang-undang.

“Operasi ini diharapkan dapat memberikan hasil yang positif dalam menjaga kedaulatan dan keamanan negara serta melindungi kepentingan warga Malaysia. Pihak imigresen akan terus melakukan banyak lagu operasi bagi memastukan undang-undang negara ini dipatuhi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button