JENAYAH & MAHKAMAH

Serang warga Singapura guna parang: Seorang ditahan, 2 lagi diburu

KLUANG – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terbabit mencederakan seorang lelaki warga Singapura menggunakan parang di Kampung Tengah di sini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki warga tempatan berusia 37 tahun itu ditahan di lokasi kejadian pada jam 6.10 pagi.

“Sebelum itu, polis telah menerima laporan seorang lelaki dicederakan menggunakan parang pada jam 5.50 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Polis Kluang dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya menahan seorang suspek.

“Hasil semakan mendapati tangkapan mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala ujian saringan air kencing positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, dua lagi rakan sejenayah suspek berjaya melarikan diri dan usaha mengesan kedua-duanya sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 3 Februari bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum itu, tular satu rakaman video berdurasi 45 saat yang memaparkan insiden kejadian mangsa diserang menggunakan kayu serta cermin kereta dipercayai milik mangsa dipecahkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button