BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Cubaan seludup 3,000 liter petrol ke negara jiran gagal

KOTA BHARU – Cubaan menyeludup 3,000 liter petrol menggunakan tiga buah kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini, semalam berjaya digagalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan.

Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan Barang Kawalan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 (PPMW3) Pengkalan Kubor yang dijalankan pada pukul 4.35 pagi itu turut menahan seorang lelaki tempatan, manakala dua lagi suspek berjaya melarikan diri.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, hasil pemeriksaan terhadap tiga kereta berkenaan menemukan 3,000 liter petrol dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM23,800.

“Ketika operasi, pihak berkuasa mengarahkan tiga kereta supaya berhenti, namun semua pemandu memecut laju dan berpatah balik melawan arus bagi mengelak ditahan.

“Bagaimanapun, sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berhenti di bahu jalan atas Jambatan Sultan Yahya Petra sebelum pemandu melarikan diri.

“Pemeriksaan menemukan 40 tong jerikin berisi penuh disyaki minyak petrol, dianggarkan 25 liter setiap tong, menjadikan jumlah keseluruhan 1,000 liter petrol yang dipercayai untuk tujuan penyelewengan,” katanya.

Pemeriksaan terhadap sebuah lagi Proton Wira Aeroback turut menemukan 40 tong jerikin berisi petrol, dengan anggaran 1,000 liter, manakala kes ketiga membabitkan sebuah Proton Gen2 yang membawa 40 tong jerikin berisi petrol dengan jumlah sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button