
Seludup alat ganti motosikal, lelaki Thai ditahan PGA
RANTAU PANJANG – BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan alat ganti motosikal dengan penahanan seorang suspek warga Thailand di SJR Cabang Empat Salam, Pasir Mas, dekat sini.
Rampasan dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA kira-kira pukul 8 malam apabila ternampak sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di pengkalan haram semasa membuat rondaan Op Taring WAWASAN Kelantan di sini.
PGA dalam kenyataannya berkata, semasa anggota tiba di pengkalan haram tersebut, semua suspek telah melarikan diri.
“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kotak alat ganti motosikal ditemui di dalam kenderaan tersebut tanpa dokumen yang sah.
“Alat ganti motorsikal ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Suspek seorang lelaki Thailand berumur 30 tahun ditahan,” katanya.

Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM8,460 dan kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Hasil tangkapan dan rampasan diserahkan ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |