JENAYAH & MAHKAMAH

Seleweng dana awam: Pasangan pempengaruh, dua lagi dibebas dengan jaminan SPRM

PUTRAJAYA – Pasangan suami isteri pempengaruh dan dua lagi individu yang sebelum ini ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewangan dana awam, dibebas hari ini.

Satu sumber memberitahu, kesemua mereka diperintah untuk membayar jaminan RM100,000 setiap seorang dengan RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran masing-masing dengan seorang penjamin.

“Semua suspek juga perlu hadir ke pejabat SPRM sebulan sekali untuk melaporkan diri dan jika diperlukan oleh pihak SPRM sehingga siasatan selesai,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, SPRM menahan kesemua suspek ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Kesemua suspek kemudiannya ditahan reman mulai 11 Julai selama empat hari bagi membantu siasatan.

SPRM kemudiannya memohon sambung reman mulai 14 Julai, dan tempoh tersebut tamat hari ini.

Semalam, SPRM turut mengesahkan sudah membekukan 20 akaun bernilai lebih RM740,000 dipercayai milik individu dan syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan dana yang diterima daripada orang ramai menggunakan satu platform kutipan derma dalam talian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button