
Berita SemasaHiburanJenayah & Mahkamah
Selebriti direman lima hari
SEPANG – Pihak polis pagi ini mengesahkan pelawak, Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, ditahan semalam kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, hari ini.
Tambahnya, selebriti itu telah dibawa Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting, pagi ini.
“Suspek dikenakan perintah tahanan reman selama lima hari.
“Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Maslinda Selamat,” tambahnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Malam tadi, polis mengesahkan telah menahan seorang selebriti lelaki kira-kira pukul 3.10 petang semalam kerana disyaki memiliki dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |