Sebahagian warga Bangladesh ditahan ada kaitan dengan kumpulan radikal HuJI-B
KUALA LUMPUR – Sebahagian daripada 36 warga Bangladesh yang ditahan baru-baru ini dipercayai menjadi penyokong kumpulan radikal rangkaian al-Qaeda, Harkat-ul-Jihad al-Islami Bangladesh (HuJI-B) yang terlibat dalam siri pengeboman di negara asal mereka.
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mereka dipercayai menyusup masuk ke Malaysia sebagai pelajar dan pekerja asing sebelum kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.
Tambahnya, sebahagian daripada mereka disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)dengan beberapa individu lagi masih dalam tahanan bagi membantu siasatan lanjut berhubung rangkaian militan terbabit.
“Selebihnya kita telah usir keluar dan beberapa lagi masih dalam tahanan serta memerlukan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di sini hari ini.
Beliau trutu memberitahu, pihaknya akan mengadakan satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat bagi menjelaskan secara terperinci hasil siasatan dan status semua suspek.
“Esok atau lusa saya akan panggil sidang akhbar untuk kita semua menjelaskan kedudukan perkara sebenar,” katanya.
Difahamkan, semua suspek ditahan antara 23 Mei hingga 11 Jun lalu di sekitar Lembah Klang dan Seremban hasil maklumat risikan Cawangan Khas Bukit Aman.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, lima warga Bangladesh terbabit gerakan militan radikal itu sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam serta Johor Bahru, manakala 15 lagi diusir dan baki 16 masih dalam siasatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








