JENAYAH & MAHKAMAH

Sanusi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghasut

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Muhammad Sanusi membuat pengakuan itu ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah terhadapnya dan memohon dibicarakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

“Faham Yang Arif. Tidak (mengaku salah),” katanya.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa didapati melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Oleh yang demikian, beliau didakwa melakukan satu kesalahan di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) Akta yang sama.”

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh manakala peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud bertindak bagi pihak Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi akan dibawa ke Mahkamah Sesyen 1 seterusnya bagi menghadapi pertuduhan kedua.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button