BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Samun saksi kes Guan Eng, 16 individu dipanggil bantu siasatan

SEPANG – Polis telah memanggil 16 individu bagi membantu siasatan kes samun bersenjata membabitkan seorang saksi perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Bukit Gasing, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti suspek sebenar yang terlibat dalam serangan tersebut.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan yang diambil, suspek dipercayai mengeluarkan ugutan berbunyi “jangan bising, duduk diam-diam” sebagai helah untuk menghalang mangsa bertindak atau melawan.

“Banyak kes samun bersenjata menggunakan kaedah ini bagi memastikan mangsa tidak cuba menjadi ‘hero’ dan memberi kerjasama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal tidak menemui kaitan antara insiden samun itu dengan prosiding perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah.

Pihak polis kini giat mengesan suspek terlibat dan siasatan diteruskan mengikut undang-undang berkaitan.

Terdahulu, media melaporkan saksi utama itu cedera di muka dan tangan selepas diserang sekumpulan 10 lelaki bersenjata yang menceroboh rumahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button