
Salah guna kuasa, SPRM tahan reman ketua komuniti kampung
SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan reman seorang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) salah satu daerah di Negeri Sembilan kerana disyaki menyalah guna kuasa dengan mengeluarkan wang akaun milik MPKK bagi tujuan peribadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada pukul 6 petang Rabu lalu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban semalam dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 April telah dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mengeluarkan kira-kira RM10,000 daripada akaun bank milik MPKK bagi tujuan peribadi.
“Wang di dalam akaun tersebut merupakan dana geran daripada Kerajaan Negeri yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan projek atau program di kampung tersebut di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |