JENAYAH & MAHKAMAH

Rumah cucu Tun M dipecah masuk, barang kemas RM1.8 juta lesap

KUALA LUMPUR – Kediaman cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bukit Ledang di sini, dipecah masuk menyebabkan kehilangan barang kemas dianggarkan bernilai kira-kira RM1.8 juta.

Kejadian disedari kira-kira pukul 3 petang kelmarin apabila pembantu rumah mangsa menyedari pintu pagar belakang kediaman itu dipotong, sebelum menyedari bilik utama turut diceroboh.

Menurut sumber, mangsa segera membuat semakan dan mendapati terdapat kesan pecah masuk di biliknya selain beberapa barang berharga didapati hilang, memetik laporan Harian Metro.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kerugian dianggarkan bernilai RM1.8 juta melibatkan kehilangan barang kemas milik mangsa yang disimpan di bilik tidur.

“Setakat ini, suspek masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang giat dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman terbabit,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button