Berita SemasaJenayah & MahkamahLuar Negara

Remaja serah diri selepas tembak empat ahli keluarga

NEW MEXICO: Seorang remaja lelaki ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menghubungi talian kecemasan 911 dan mengakui telah membunuh ibu bapa serta adik-beradiknya.

Menurut kenyataan akhbar Polis Negeri New Mexico semalam, Diego Leyva, 16, didakwa dengan empat pertuduhan membunuh peringkat pertama selepas dipercayai menembak mati empat ahli keluarganya di kediaman mereka di Belen, Selatan Albuquerque.

Kenyataan itu menyebut Leyva menghubungi 911 kira-kira pukul 3:30 pagi pada Sabtu dan mengaku kepada petugas kecemasan bahawa dia telah membunuh ahli keluarganya.

“Ketika polis tiba di lokasi, suspek keluar dari rumah dengan tangan diangkat dan berada dalam keadaan mabuk yang teruk,” kata polis dalam kenyataan.

Pihak berkuasa menemui dua dewasa dan dua remaja di dalam rumah yang dikenal pasti sebagai Leonardo Leyva, 42, Adriana Bencomo, 35, Adrian Leyva, 16, dan Alexander Leyva, 14.

Kesemua mangsa maut akibat luka tembakan, dan sepucuk pistol dijumpai di atas meja dapur.

Leyva dibawa ke hospital berhampiran untuk proses nyah toksik alkohol sebelum dihantar ke Pusat Keadilan Juvana di Albuquerque.

Polis menyatakan motif di sebalik kejadian ini masih belum diketahui.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button