Remaja OKU dirogol bapa sehingga lahirkan anak ditahan
DUNGUN – Aduan seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang kerap mengalami sakit perut membongkar perbuatan rogol dipercayai dilakukan bapa kandungnya sendiri sehingga mangsa melahirkan anak.
Ketua Polis Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, remaja 13 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan.
“Pada mulanya mangsa dibawa ke Klinik Ketengah Jaya selepas mengadu sakit perut, namun pihak klinik terkejut selepas mendapati mangsa sebenarnya hamil.
“Remaja itu melahirkan seorang bayi kira-kira pukul 7 malam ketika dirawat di klinik tersebut dan dikejarkan ke Hospital Dungun,” katanya seperti yang di laporkan Sinar Harian.
Maizura berkata, polis kemudiannya menahan bapa remaja berkenaan yang merupakan seorang buruh berusia 45 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 12 tahun dan suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






