JENAYAH & MAHKAMAH

Rakaman video bilik persalinan, 11 individu dirakam kenyataan

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan daripada 11 individu berhubung kes video rakaman tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat beli-belah yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua yang dirakam percakapan melibatkan pekerja premis dan penyelenggara bangunan.

Katanya, setakat ini pihaknya masih menyiasat lokasi sebenar kejadian.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan pemilik Twitter yang menyebarkan video berkenaan gagal dikesan.

“Kita masih menunggu laporan video daripada CyberSecurity Malaysia (CSM),” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini, memetik laporan Utusan Malaysia.

Noor Dellhan, polis juga ada menerima laporan daripada seorang daripada mangsa dipercayai dalam video tersebut.

“Sehubungan dengan itu polis meminta mangsa-mangsa dalam video terbabit tampil membantu pihak polis mengembangkan siasatan.

“Kita masih melakukan siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang,” jelasnya.

Pada 11 Januari lalu, seorang pemilik Twitter memuat naik tangkap layar beberapa video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bilik persalinan di pusat beli-belah di ibu negara.

Dalam video terbabit turut memaparkan beberapa individu melakukan perbuatan tidak senonoh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button