BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Dua cedera dalam serangan bersenjata di Jalan Loke Yew

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan satu insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah yang mencederakan dua mangsa di Jalan Loke Yew, Cheras, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan telah dimulakan.

“Kejadian disahkan. Kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial menunjukkan beberapa das tembakan dilepaskan oleh sekumpulan lelaki di kawasan parkir pusat beli-belah itu.

Menerusi rakaman itu, dua mangsa dipercayai terkena tembakan dilihat terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Identiti mangsa serta jumlah sebenar yang terlibat masih belum dapat dipastikan setakat ini.

Kawasan kejadian kini dikawal pihak polis bagi tujuan siasatan forensik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button