BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Rakaman percakapan Muhyiddin ditangguh esok – KPN

KUALA LUMPUR – Proses merakam keterangan dari Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh pihak polis berhubung isu 3R (raja, agama, bangsa) yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan kepada esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerima permohonan daripada peguam Muhyiddin yang memaklumkan Ahli Parlimen Pagoh itu masih berada di Thailand.

Katanya, lokasi bagi rakaman percakapan itu akan dilakukan di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di Jalan Sentral, di sini.

“Ada sedikit perubahan berkaitan urusan merekod keterangan Muhyiddin.

“Peguam beliau memaklumkan untuk menangguh rakam keterangan itu pada pukul 11 esok kerana peguam masih berada di Thailand,” katanya hari ini.

Semalam, media melaporkan proses merakam keterangan daripada Muhyiddin akan berlangsung hari ini selepas polis menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak.

Muhyiddin semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lalu dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Semalam, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button