PRN: Polis Kelantan buka empat kertas siasatan
KOTA BHARU – Polis Kelantan hari ini mendedahkan membuka empat kertas siasatan berhubung salah laku sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, antara kesalahan termasuk kes perbuatan khianat seperti merosakkan poster pilihan raya, melakukan fitnah dan mengaibkan calon di laman media sosial.
Mengulas lanjut, Muhammad Zaki berkata, pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan mengaibkan calon seperti tidak menunaikan solat Jumaat.
Laporan lain termasuk mengenai calon yang singgah di sebuah kedai kopi sebelum menyampaikan sumbangan “1K”.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Muhamad Zaki berkata kes-kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 10(a) Akta Pilihan Raya 1954, Seksyen 233 Akta Multimedia 1998, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








