JENAYAH & MAHKAMAH

Potong barisan punca pergaduhan di hentian bas

JOHOR BAHRU – Siasatan polis ke atas satu video tular yang memaparkan pergaduhan antara dua individu di sebuah hentian bas dipercayai berpunca daripada tindakan memotong barisan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian berlaku di laluan bas masuk ke Singapura, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini, awal pagi kelmarin.

Tambahnya, pihaknya sudah menerima laporan dari seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun iaitu individu dalam kejadian itu, pada pukul 7 pagi kelmarin.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan dipercayai berpunca daripada tindakan salah seorang individu memotong barisan, sekali gus mencetuskan ketegangan hingga membawa kepada insiden fizikal.

“Suspek lelaki yang disyaki masih belum buat laporan dan belum dikenalpasti.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Raub dalam kenyataan sama turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video kejadian tersebut bagi mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang menunjukkan dua lelaki bergaduh di antara kedudukan dua buah bas.

Video tersebut memaparkan kedua-dua lelaki itu saling bertolak dan memukul antara satu sama lain dan bertengkar mulut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button