
Polis tahan suspek bakar kereta polis bantuan
PETALING JAYA – Pihak polis telah menahan seorang lelaki disyaki membakar sebuah kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 1.52 pagi tadi.
“Susulan laporan itu, polis menahan lelaki yang bekerja sebagai pemandu p-hailing berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.
“Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar,” katanya hari ini
Tambahnya, polis turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan.
Menurut Mohd Fakhrudin, siasatan awal dilakukan mendapati suspek turut melakukan vandalisme dengan menconteng dinding hentian bas.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan ia disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |