
Polis tahan suami isteri bantu siasatan kes tipu isteri Along Cham
SHAH ALAM – Polis Selangor mengesahkan sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan isteri pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Salak Tinggi, Sepang, malam tadi.
“Kedua-dua suspek ditahan pada 10 malam di kediaman mereka.
“Kita akan memohon reman mereka di Mahkamah Kajang,” katanya, hari ini.
Hussein menambah, isteri kepada pelawak itu antara tiga individu yang sudah dirakam keterangan bagi siasatan kes penipuan berjumlah RM95,180 itu.
Sebelum ini, isteri kepada pelawak berkenaan dilaporkan tampil membuat laporan polis terhadap seorang individu dikenali sebagai Ika, atas dakwaan menipu.
Afreena dilaporkan sebagai berkata, wang itu diserahkan dengan niat untuk membantu membebaskan suaminya daripada tahanan.
Afreena hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membuat laporan berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |