BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan penganggur disyaki cabul ibu tunggal dalam kereta

KLUANG – Seorang penganggur ditahan selepas didakwa mencabul wanita yang juga ibu tunggal baru sebulan dikenali dalam sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kejadian berlaku jam 2 petang Selasa lalu ketika mangsa menaiki kereta bersama suspek dengan insiden itu dipercayai berlaku di dua lokasi berasingan.

Beliau berkata, suspek mengenali mangsa melalui media sosial sejak sebulan lalu sebelum mereka bertemu.

“Ketika berada dalam sebuah kereta, suspek mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sebelum membuat laporan polis jam 3.36 petang semalam.

“Susulan itu, polis menahan suspek berusia 49 tahun di sebuah rumah di Kulai bagi membantu siasatan. Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button