JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan lelaki libas parang ketika operasi bersepadu DBKL

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki yang dirakam melibas parang ke arah penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terlibat dalam operasi meroboh struktur haram ketika Op Roboh di Desa Pandan, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian berlaku ketika operasi bersepadu DBKL bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB ) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pukul 11.17 pagi tadi.

“Kejadian berlaku pada jam 11.17 pagi, di mana seorang lelaki telah datang dan membuat provokasi sambil memegang sebilah parang serta melibas sambil memaki hamun ke arah pasukan penguatkuasa DBKL.

“Lelaki terbabit kemudiannya ditenangkan oleh beberapa orang awam yang berada di kawasan itu,” katanya, hari ini.

Tambahnya, lelaki itu kemudiannya ditahan dan polis turut merampas parang dipercayai milik suspek berusia 43 tahun itu di kawasan berhampiran.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menimbulkan kegusaran dan menghentikan penularan kejadian ini di media sosial.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Polis Kuala Lumpur di talian 03- 2115 9999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9281 0715 dan mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video lelaki terbabit yang didapati melibas parang dipegangnya sambil memaki hamun ke arah penguatkuasa DBKL.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button