Polis tahan Fahmi Reza
PENAMPANG – Polis mengesahkan sudah menahan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, semalam.
Penahanan itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun yang turut menambah, dia mungkin direman untuk siasatan lanjut.
“Ya, dia ditahan selepas hadir ke IPD Penampang, petang semalam.
“Siasatan masih dijalankan dan reman akan dipohon esok pagi (hari ini) mengikut prosedur Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi memudahkan proses siasatan,” katanya.
Fahmi atau nama sebenarnya, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam selepas hadir untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Pereka grafik itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Difahamkan, dia ditahan susulan lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




