JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan empat calon SPM disyaki terlibat kes rogol pelajar Tingkatan 3

ALOR GAJAH – Empat orang pelajar sebuah sekolah di sini ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan Tingkatan 3.

Kesemua pelajar itu dilaporkan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan depan.

Laporan portal Malaysia Gazzete yang memetik sumber berkata, kejadian yang menimpa mangsa berusia 15 tahun itu terbongkar petang semalam setelah ibunya mendapat maklumat mengenai penyebaran video aib anak sulungnya itu daripada guru sekolah sebelum membawa mangsa membuat laporan polis.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang 2 Oktober lalu, ketika pelajar itu berpatah balik ke kelasnya di tingkat tiga untuk mengambil bahan projek mata pelajaran sains yang tertinggal.

“Sebaik tiba di kelas, mangsa yang juga pengadu kes perasan terdapat dua pelajar lelaki senior berusia 17 tahun sedang menghendapnya dari celah pintu kelas.

“Bagaimanapun selepas mengambil barangnya dan ketika sedang menuruni tangga, tiba-tiba suspek pertama menggenggam kuat tangan mangsa, menutup mulut dan menolaknya masuk semula ke dalam kelas di tingkat tiga.

“Seorang lagi rakannya pula menjaga di kawasan tangga sebelum dua lagi pelajar lelaki lain berusia 17 tahun masuk ke dalam kelas melihat suspek pertama membogelkan mangsa dan merogolnya,” kata sumber.

Kejadian itu disaksikan kesemua empat suspek sebelum suspek kedua juga merogol pengadu manakala suspek ketiga bertindak merakam perbuatan aib itu menggunakan telefon milik suspek pertama.

Sumber berkata, suspek keempat pula bertindak menjaga kawasan kelas bagi mengelak jenayah itu terbongkar sebelum kesemua mereka meninggalkan pengadu di dalam kelas.

“Akibat kejadian itu, pengadu mengalami trauma, tidak mempercayai sesiapa dan takut untuk ke sekolah sehinggalah kejadian itu terbongkar semalam apabila ibunya mendapat makluman kejadian daripada guru,” kata sumber itu lagi.

Susulan laporan itu, mangsa telah dirujuk ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan pemeriksaan lanjut dan masih menjalani rawatan di sana.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button