Jenayah & Mahkamah

Polis tahan 30 pendatang asing

Bot dinaiki hanyut setelah alami kerosakan

IPOH – Polis menahan sebuah bot yang hanyut bersama 30 pendatang tanpa izin warga Indonesia, kira-kira 9.8 batu nautika dari Tanjung Hantu Segari di Perairan Manjung, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohamed Nordin Abdullah, pihaknya menerima maklumat daripada Polis Marin yang menahan sebuah bot kayu jenis pom-pom pada 8.34 malam.

“Setelah menahan bot itu, pihak Polis Marin membuat pemeriksaan dan menahan seorang tekong bot dan 29 individu termasuk lima wanita warga Indonesia kerana disyaki masuk ke negara ini tanpa pas perjalanan sah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Siasatan awal mendapati, kesemua warga asing itu dipercayai berkumpul di sekitar Sabak Bernam, Selangor sebelum menaiki bot berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Menurut Mohamed Nordin, bot itu kemudian mengalami kerosakan menyebabkannya hanyut kira-kira lapan hari sebelum dikesan Polis Marin.

Kes disiasat di bawah Sekysen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen (6)(1)(c) Akta Imigresen 1959.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button