JENAYAH & MAHKAMAH

Polis sudah rekod keterangan ‘Cecelia Yap’

KUALA LUMPUR – Pihak polis sudah merekod keterangan pemilik akaun Facebook ‘Cecelia Yap Song KL’, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses rakaman percakapan wanita berusia 65 tahun yang juga pesara jururawat swasta itu dibuat bermula pukul 11 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi

Katanya, suspek diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah dan sebanyak 21 soalan dikemukakan kepadanya.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku telah memuat naik komen berkenaan.

“Dia mendakwa komen itu dibuat sebagai reaksi terhadap satu hantaran asal oleh pengguna Facebook lain,” katanya.

Selain itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 (c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara esok (Selasa) untuk arahan selanjutnya,” katanya lagi.

Siasatan ini merupakan sebahagian daripada siasatan pihak berkuasa terhadap hantaran berbaur sinikal yang dimuat naik pelawak, Harith Iskander terhadap perkataan ‘ham’, minggu lepas.

Hantaran tersebut menerima satu komen dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan id ‘Cecelia Yap Song’ bahawa “All names with MoHAMmad… got to be renamed then” telah menimbulkan kontroversi kerana berbaur penghinaan terhadap agama Islam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button