
Polis siasat kenderaan pacuan empat roda himpit, langgar kereta lain
KUALA LUMPUR – Pihak polis sedang menyiasat kejadian sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dirakam menghimpit dan melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Pandan 1 menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan yang berlaku pukul 4.45 petang semalam itu membabitkan Perodua Myvi dan Ford Ranger.
“Ketika melalui selekoh, kenderaan pacuan empat roda itu datang dari arah sebelah kanan lalu menghimpit Perodua Myvi itu sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan di bahagian tepi kanan kereta berkenaan.
“Kedua-dua kenderaan terbabit hanya mengalami kerosakan dan tiada membabitkan sebarang kecederaan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kes masih dalam siasatan mengikut Rule 10 LN 166/59.
Terdahulu, video kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial.
Video tersebut menunjukkan, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jalan Dagang, Ampang dihimpit sebuah kereta pacuan empat roda di selekoh jalan berkenaan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |