JENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat dakwaan CEO Batu hantar mesej lucah kepada individu lain

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat dakwaan pempengaruh, CEO Batu turut membuat kiriman mesej berbaur lucah kepada individu lain.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, buat masa ini siasatan masih tertumpu kepada kes dilaporkan, lapor HM Online.

Terbaharu, penyanyi dan pempengaruh, Caprice di akaun media sosialnya mendedahkan tangkap layar kiriman mesej antara suspek dan individu didakwa mangsa lain.

“Suspek sedang ditahan reman sehingga 26 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Setakat ini tiada laporan lain yang diterima,” katanya.

Laporan media semalam menyebut, polis menahan CEO Batu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dilaporkan berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan susulan laporan dibuat ibu mangsa.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal Mei lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button