Jenayah & Mahkamah

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA

KUANTAN – Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan ke atas Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang yang didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang merakam keterangan kedua-dua individu tersebut yang didakwa berbuat demikian ketika operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian di Raub tersebut.

“Kita sedang melengkapkan siasatan kes ini dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan selanjutnya,” katanya, hari ini.

Yahaya berkata, pemimpin DAP itu dan Wilson hadir ke Balai Polis Raub pada pukul 3.30 petang semalam sebelum proses rakaman percakapan serta soal siasat dijalankan.

“Semalam kita ambil keterangan agak lewat dan turut membuat tangkapan (kedua-duanya ditahan).

“Jika sekiranya siasatan dapat dilengkapkan segera, tiada permohonan reman akan dibuat dan mereka akan dibebaskan,” katanya lagi.

Sementara itu, Yahaya turut memaklumkan pihaknya menerima sebanyak 28 laporan diterima berkaitan operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian haram di Raub, setakat ini.

Katanya, laporan berkenaan diterima dari seluruh negara, termasuk daripada pekebun, individu serta badan bukan kerajaan (NGO).

Yu Hui dan Wilson ditahan semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub bagi membantu siasatan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button