JENAYAH & MAHKAMAH

Polis rakam keterangan pengawal keselamatan dipercayai tembak lelaki mengamuk

KUALA LANGAT – Pihak polis sudah merakam keterangan pengawal keselamatan yang dipercayai menembak individu yang mengamuk di sebuah restoran berhampiran Hospital Banting, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan awal mendapati, pengawal keselamatan terbabit sedang bertugas di Hospital Banting ketika kejadian berlaku.

“Pengawal keselamatan berkenaan tidak ditahan, namun dirakam keterangan berhubung kejadian.

“Lelaki yang ditembak dalam kejadian itu mengalami patah tulang kaki kanan akibat terkena tembakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, video kejadian tersebut turut menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Video itu memaparkan seorang lelaki dalam keadaan mengamuk mengacukan parang ke arah beberapa petugas kesihatan sebelum pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan menggunakan senapang patah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button