BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis mohon sambung reman suspek ditahan bersama Albertine

JOHOR BAHRU – Polis akan memohon mahkamah menyambung tempoh tahanan reman suspek kes culik kanak-kanak berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tempoh reman suspek berusia 31 tahun yang ditahan bersama mangsa di sebuah hotel di Batang Kali itu berakhir hari ini.

“Sambungan reman dimohon selama tujuh hari mulai esok hingga 5 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap lelaki tempatan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

M Kumar juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Beliau berkata, sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan kepada Polis Johor di talian 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

Albertine dilaporkan hilang di pusat beli-belah di Iskandar Putri pada 20 Julai lalu dan ditemui selepas enam hari dengan penahanan tiga suspek pertama iaitu dua lelaki dan seorang wanita di Gelang Patah, Johor.

Secara keseluruhan, lima suspek ditahan berhubung kes itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button