
Polis lengkapkan siasatan kes budak jatuh tingkat 30
KUALA LUMPUR – Polis kini sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan berkenaan kes kanak-kanak empat tahun maut terjatuh dari tingkat 30 di sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya akan mengumpul keterangan beberapa individu lagi termasuk bapa mangsa bagi melengkapkan siasatan.
“Keterangan bapa mangsa akan dirakam pukul 9 malam hari ini manakala keterangan saksi pakar dan lain-lain saksi akan dirakam 10 Jun nanti.
“Kes masih dalam siasatan pegawai penyiasat dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” kata Ridzuan dalam satu kenyataan, hari ini.
Laporan Malaysia Tribune sebelum ini menyebut, pihak polis menahan ibu dan adik kepada wanita itu kelmarin bagi membantu siasatan insiden berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dalam laporan tersebut, kedua-dua mereka berusia 27 dan 25 tahun itu direman sehingga semalam.
Dalam kejadian kelmarin, mangsa dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari balkoni kediaman di tingkat 30 sebuah pangsapuri di Jalan Jalil Impian 1, Bukit Jalil, kira-kira pukul 10.30 pagi.
Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |