Polis klasifikasi kematian bapa, anak OKU sebagai mati mengejut
MUAR – Polis mengklasifikasikan kematian bapa dan anak orang kelainan upaya (OKU) di sebuah rumah di Sungai Abong, dekat sini semalam, sebagai mati mengejut.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, penemuan dua jasad pada 23 Ogos lalu itu, diterima daripada orang awam.
“Kami terima laporan mengenai bau busuk dari rumah jirannya di Sungai Abong, Muar. Hasil siasatan, pihak kami menemukan jasad dua lelaki dipercayai bapa dan anak lelaki (OKU) masing-masing berumur 76 tahun dan 37 tahun.
“Turut ditemui, seorang lagi wanita (OKU) berumur 44 tahun juga anak kepada lelaki yang meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari yang lalu dalam keadaan lesu dan kelaparan.
“Kedua-dua jasad telah melalui proses bedah siasat (post-mortem) dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (sudden death report (SDR),” katanya, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa peka dengan komuniti kejiranan.
Laporan media semalam menyebut mengenai penemuan dua jasad anak beranak di dalam sebuah rumah yang gelap di Sungai Abong di sini, dan difahamkan bapa kepada kedua-dua anak OKU tersebut tidak mempunyai pekerjaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




