
Polis giat kesan kumpulan warga asing terlibat samun
SEPANG – Polis sedang giat mengesan sekumpulan individu dipercayai warga asing susulan kejadian samun di kawasan perumahan di Bandar Baru Salak Tinggi, semalam.
Timbalan Ketua Polis Dareah Sepang, Superintenden G Shan Gopal berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut kira-kira pukul 5.03 pagi.
“Mengikut laporan, kejadian berlaku pada pukul 3.30 pagi.
“Suspek yang bergerak secara berkumpulan dipercayai memecah masuk menerusi pintu belakang rumah,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
G Shan memberitahu, ketika kejadian, mangsa berada di dalam rumahnya bersama lima ahli keluarga dan seorang pembantu rumah.
“Hanya seorang mangsa diikat manakala yang lain tidak dicederakan.
“Kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM5,000,” katanya lagi.
Difahamkan, suspek seramai dua ke tiga orang bersenjatakan parang, berpakaian gelap dan bertopeng, menjadikan rumah berhampiran kawasan hutan sebagai sasaran.
Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga dua puluh tahun penjara dan sebatan.
“Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor B Sathiyan di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di talian 03-87774222,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |