JENAYAH & MAHKAMAH

Polis cari wanita dipercayai hampir jadi mangsa culik

KUALA LANGAT – Polis sedang mencari wanita yang hampir menjadi mangsa culik di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya sedang mengesan wanita yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu bagi mengesahkan motif kejadian.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku awal pagi Khamis lepas.

Rakaman yang menjadi tular itu menunjukkan, seorang lelaki mengekori seorang wanita di hadapan sebuah kedai sebelum mencuba menyerkup kepalanya dengan beg plastik.

Wanita yang terkejut itu kemudian menoleh ke belakang dan menolak lelaki itu sebelum kedua-duanya melarikan diri ke arah berbeza.

Menurut teks pada video, wanita itu menghubungi premis tersebut untuk mendapatkan rakaman CCTV kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button