JENAYAH & MAHKAMAH
Polis kesan pengurus kondominium, bantu siasatan kes pecah amanah
KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan pengurus sebuah kondominium di Bukit Jalil bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya sedang mencari Loo Yuit Mei, 66 tahun, pengurus bangunan bagi Kondominium OG Heights.
Beliau berkata, alamat terakhir wanita itu ialah di Kiaran Residence 2, No. 3, Jalan Jalil Perwira 1, Bukit Jalil.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor S. Sivalingam, di talian 019-2222414,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








