Polis buru individu lontar molotov cocktail ke rumah warga emas
IPOH – Pihak polis sedang giat mengesan individu yang disyaki melontar bom petrol atau ‘molotov cocktail’ sebanyak lima kali ke sebuah rumah di Kampung Rapat, Ipoh, baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihaknya menerima lima laporan daripada seorang wanita berusia 62 tahun antara 26 Mac hingga 4 April lalu.
Tambahnya, wanita tersebut turut menerima nota ugutan yang ditinggalkan di depan pagar rumahnya dalam kejadian itu, lapor portal UM Online.
“Nota tersebut meminta mangsa membayar hutang dan bom petrol juga dibaling ke dalam kawasan rumahnya sebanyak lima kali.
“Pemeriksaan mendapati, terdapat kesan kebakaran pada pagar rumah, kawasan tempat letak kereta, pintu depan dan dinding,” katanya.
Abang Zainal berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api.
Beliau turut meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pegawai penyiasat kanan S Dasarathan di talian 012-5644485 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







