JENAYAH & MAHKAMAH

Polis berjaya tahan suspek kes tikam, bunuh pereka dalaman

PETALING JAYA – Polis mengesahkan suspek utama kes tikam sehingga menyebabkan kematian Allahyarham Muhammad Sharqawi Abu Bakar, 36, di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara minggu lalu, berjaya ditahan pihak berkuasa, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek ditahan di sekitar ibu negara.

“Tangkapan ada dilakukan malam tadi. Proses reman akan dilaksanakan pagi ini,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada maklumat lanjut mengenai penahanan suspek.

Dalam kejadian Rabu lepas, Allahyarham Muhammad Sharqawi ditemukan meninggal dunia di kediamannya dengan 20 kesan tikaman.

Terdahulu, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman separuh masa, difahamkan terlibat dalam perselisihan faham dengan individu yang tidak dikenali sebelum ditemukan terbunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button