JENAYAH & MAHKAMAH

Pihak polis giatkan usaha buru suspek disyaki bunuh ibu bapa, anak saudara

MUAR – Pihak polis kini menggiatkan usaha mengesan suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, suspek dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48, dipercayai melarikan diri menaiki sebuah motosikal Honda Wave berwarna merah dan sedang bersembunyi di daerah berdekatan.

“Berdasarkan maklumat, suspek melarikan diri setelah kejadian tersebut (dipercayai membunuh tiga ahli keluarganya) sebelum membakar rumah, kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.

“Suspek dipercayai masih berada di negeri Johor dan polis tidak menolak kemungkinan suspek bersembunyi di di Tangkak, Segamat atau Batu Pahat,” katanya, semalam.

Raiz Mukhliz berkata hasil semakan pihaknya, suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Azman menjadi buruan kerana disyaki membunuh ibu bapanya, Ara Abdul Hamid, 76, dan Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, serta anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button