JENAYAH & MAHKAMAH

Penyanyi nasyid Yasin dibebas, dilepaskan dari 3 pertuduhan dadah

PETALING JAYA – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan dadah.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Faiz Dziyauddin pada petang tadi.

Bagaimanapun mahkamah menetapkan supaya penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu diletakkan di Hospital Mental Ulu Kinta selama diperlukan.

Pada 6 Julai tahun lalu, bapa kepada dua anak ini bernasib baik kerana tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Yasin diwakili peguam, Ariff Azami Hussein manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button