JENAYAH & MAHKAMAH

Penternak lembu tetak penjual daging dipenjara 32 tahun

MUAR  – Seorang penternak lembu dijatuhkan hukuman penjara 32 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang penjual daging dengan menetak leher mangsa menggunakan parang di Labis, Segamat, enam tahun lalu.

Hukuman diputuskan Hakim Datuk Halijah Abbas selepas mahkamah mendapati tertuduh, Shahril Tamsir, 50, disabitkan kesalahan kerana membunuh Ahmad Radzi Jamaludin, yang berusia 40 tahun ketika kejadian berlaku.

Mengikut fakta kes, mangsa didakwa ditetak selepas disyaki mencuri lembu peliharaan Shahril berdekatan gerai mangsa menjual daging di Jalan Ubi, Felda Chemplak, Labis dalam kejadian 7.30 pagi.

Tetakan itu terkena satu daripada tangan mangsa hingga terkulai, manakala lehernya pula parah.

Orang awam yang melihat kejadian itu membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Labis untuk mendapatkan rawatan, tetapi dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syamilah Jalaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam Lydiana Mansor.

Mahkamah juga mengarahkan hukuman penjara dikenakan terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Ogos 2017.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button