
Penjawat awam calar kenderaan ditahan polis
AMPANG – Seorang penjawat awam ditahan pihak polis selepas dipercayai mencalarkan dua buah kereta menggunakan kunci di kawasan parkir sebuah apartmen di Taman Pandan Mewah, bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan kelmarin dan dipercayai terlibat dalam dua kejadian berasingan yang berlaku pada 19 dan 22 Mei lalu.
“Dua wanita tempatan yang juga sepupu menjadi mangsa kejadian apabila kenderaan mereka yang diletakkan di lot parkir sama didapati tercalar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian pertama, mangsa meletakkan kereta jenis Honda di lokasi tersebut pada 19 Mei.
Ketika kembali ke kenderaan, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan calar pada pintu bahagian kanan hadapan dan belakang.
Namun, ketika itu identiti pelaku masih tidak diketahui.
Katanya, tiga hari kemudian, sepupu mangsa yang meletakkan kereta Toyota di lokasi sama sekitar jam 1 pagi menerima nasib yang sama.
Susulan kejadian, mangsa tampil membuat aduan kepada pihak pengurusan apartmen.
Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian berjaya merakam aksi suspek yang dipercayai mencalarkan kenderaan terbabit.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |