BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Peniaga wanita diperdaya skim pelaburan online hampir suku juga

KUANTAN – Gara-gara terpedaya dengan tawaran keuntungan dalam skim pelaburan yang diiklankan di Facebook, seorang ahli perniagaan wanita kerugian RM224,000.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 35 tahun itu menyertai skim pelaburan yang dinamakan ‘Efinity Capital’ pada Julai lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dijanjikan dengan pulangan pelaburan yang lumayan antara lima hingga 300 peratus dairpada modal yang dilaburkan.

“Bagi tujuan pelaburan itu mangsa telah menggunakan wang simpanan sendiri dan memuat turun satu aplikasi bernama ECMT Pro melalui pautan yang disediakan.

“Dalam tempoh 21 Ogos hingga 3 Oktober lalu, mangsa telah
memindahkan sejumlah RM244,00 dengan melakukan 11 transaksi kepada tiga akaun bank yang berbeza.

“Mangsa mula menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang ditawarkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan kes itu, Yahaya menasihati orang ramai sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button