JENAYAH & MAHKAMAH

Pengarah PTG Selangor sahkan tujuh kakitangan disiasat berhubung kes tipu pindah milik tanah

SHAH ALAM – Tujuh penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan kes pindah milik tanah secara tidak sah disahkan sebagai kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang.

Perkara itu disahkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Datuk Dr Yusri Zakariah, hari ini.

Katanya, sebagai tindakan awal, kesemua tujuh individu tersebut sudah dipindahkan ke jabatan lain sementara sasiatan pihak berkuasa.

:Kesemua tujuh kakitangan berkenaan adalah daripada PTD Klang dan mereka sudah dipindahkan ke jabatan lain.

“Mereka diletakkan di jabatan yang tidak membabitkan kerja tanah sementara menunggu siasatan penuh dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kakitangan PTGS didakwa terbabit dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga membuat siasatan dalaman berhubung kejadian itu dan ia dipercayai berlaku ketika proses penukaran sistem lama ke sistem baharu (sistem e-tanah).

Katanya, PTGS juga bekerjasama kepada polis dengan memberi keterangan, bukti dan sebagainya kepada pihak berkuasa berkenaan.

Dalam pada itu, Yusri turut menasihatkan pemilik tanah untuk sentiasa menyemak hak milik serta cukai tanah untuk memastikan ia dibayar serta nama pada geran adalah pemilik sebenar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button