Pemuda hina Islam dijatuhi hukuman penjara enam bulan, denda RM12,000
KUALA LUMPUR – Seorang pemuda berusia 34 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah membuat hantaran bersifat jelik berkait kalimah Allah.
Hukuman kepada tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Wai Loong dalam rayuannya meminta supaya tidak dipenjarakan kerana tidak mahu kehilangan kerja.
Katanya dia tidak menyedari bahawa kenyataan yang dikeluarkan bersifat menghina agama Islam.
“Saya hanya jadi ‘keyboard warrior’. Saya tidak tahu perkataan itu sensitif kepada orang lain.
“Sebab orang Cina boleh tatu ‘tuhan’ di mana-mana sahaja bahagian badan, saya ingat ini perkara kecil dan tidak tahu ia dianggap menghina,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat, setimpal dan menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana.
Wai Loong sebelum ini membuat kenyataan mempersendakan Islam susulan isu penjualan stoking bercetak kalimah Allah oleh sebuah kedai serbaneka yang menjadi tular.
Dalam hantarannya di media sosial, Wai Loong berkata, tulisan Allah pada stoking menandakan Allah akan melindungi seseorang dari hujung kaki ke hujung kepada.
“Dun so sensitive la, relax bro.. bila kamu ke syurga takkan kamu mahu tinggalkan kaki dan bahagian atas sahaja masuk syurga.
“Logo stoking macam ini pun kamu boleh jadi hina… kamu patut potong kaki kamu.. u yang rasis sama orang ada kaki,” tulisnya dalam aplikasi X.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








