JENAYAH & MAHKAMAH

Pempengaruh pesan ‘doa baik-baik’

PUTRAJAYA – Seorang pempengaruh lelaki sempat melontarkan senyuman kepada wakil media ketika dia dan isterinya dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

“Saya sihat, Alhamdulillah… doa baik-baik,” katanya kepada wakil media.

Suspek lelaki itu dan isterinya berusia 26 tahun merupakan antara empat individu yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua lagi individu merupakan pengarah syarikat sebuah platform kutipan derma.

BERITA LANJUT MENYUSUL

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button