
Pemberi maklumat turut didakwa kerana terlibat dalam transaksi rasuah
PUTRAJAYA – Pemberi maklumat dalam isu skandal rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah akan didakwa di mahkamah setelah siasatan mendapati dia turut terlibat secara aktif dalam transaksi rasuah.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pemberi maklumat itu terbabit antara tiga individu yang akan didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu pada 30 Jun ini, lapor HM Online.
“Arahan untuk mendakwanya selepas siasatan mendapati beliau terlibat aktif dalam transaksi rasuah,” katanya dalam laporan tersebut.
Laporan media sebelum ini menyebut, pemberi maklumat dalam kes berkenaan akan turut didakwa di mahkamah bersama dua lagi ADUN.
Peguamnya, Mahajoth Singh dilaporkan sebagai berkata, anak guamnya bersama beliau hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya, semalam bagi memberikan kenyataan lanjut, namun dimaklumkan anak guamnya akan didakwa.
Sejak November lalu, pemberi maklumat itu dilaporkan menyerahkan beberapa rakaman video berkaitan lesen perlombongan yang membabitkan beberapa Adun Sabah kepada sebuah portal berita.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |